Ruang Bahasa Melayu


Bahasa itu indah...


Ruang ini disediakan untuk membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Di ruang ini terdapat pelbagai bahan bantu belajar seperti contoh-contoh perkataan bergambar dan ayat-ayat mengikut kemahiran dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Di ruang ini juga dipamerkan beberapa benda maujud yang dilabelkan bagi membantu murid mengenali benda tersebut dan mengetahui ejaan yang betul seterusnya, diharapkan dapat memperkayakan perbendaharaan kata murid. Contohnya, 'Tin ini kemik.', 'Ini sikat rambut.', 'Joran ini pendek.', 'Berus ini berwarna biru.' dan banyak lagi.